Wednesday, October 8, 2008

PERTANDINGAN DEBAT SEPANJANG OKTOBER


PERTANDINGAN DEBAT PENCEGAHAN RASUAH INTER FAKULTI 2008
PIALA PENGARAH BPR NEGERI PERAK

19 & 24 OKTOBER 2008

KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UPSI.



PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN IPT MALAYSIA 2008

17-20 OKTOBER 2008

MULTI MEDIA UNIVERSITI, MELAKA.




PERTANDINGAN DEBAT PIALA MUNSYI ABDULLAH 2008 UPSI - IPPM

11 OKTOBER 2008
DEWAN KOLEJ ZA'BA, UPSI .


PERTANDINGAN PIDATO & DEBAT ALAM SEKITAR FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UPSI 2008
12 & 18 OKTOBER 2008
KOMPLEKS DEWAN KULIAH , UPSI.

Tuesday, September 23, 2008

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENDEBAT UPSI


KEPADA SEMUA PENDEBAT UPSI DAN SELURUH IPT, JUTAAN KEMAAFAN DIHULURKAN SESAMA KITA. SEMOGA KEKHILAFAN YANG WUJUD DAPAT DIJERNIHKAN, KETERLANJURAN TUTUR KATA DAPAT DILUPAKAN DAN ANDAI ADA TERKASAR PERILAKU HARAP DIMAAFKAN.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-KELAB DEBAT BAHASA MELAYU UPSI-

Tuesday, September 16, 2008

Apakah yang menjadikan seorang pendebat itu hebat?

Apakah yang menjadikan seorang pendebat itu hebat?

1. Sifat Humor
Rata-rata ramai pendebat yang beranggapan bahawa mereka perlu menyelitkan sedikit unsur humor atau lelucon ke dalam penyampaian mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kebanyakkan pendebat yang memiliki sifat sebegini diletakkan selaku pendebat ketiga. Berkemungkinan besar, peranan pendebat ketiga bukan sahaja sebagai pembidas kepada keseluruhan kes hujahan pihak lawan tetapi juga sebagai memujuk kembali pihak hakim sebelum tibanya saat penggulungan.
Saya pernah menyaksikan beberapa pendebat ketiga yang cukup bagus ketika beraksi. Sifat humor yang mereka ada memang "kena" pada tempatnya, tidak dibuat-buat (walaupun kadangkala memang terpaksa begitu) dan seolah-olah mereka dilahirkan sebegitu. Mereka juga memanipulasikan bentuk dan bahasa badan (body figure & body language) mereka dengan cukup efektif. Tetapi ada juga segelintir pendebat yang "terlalu berusaha" untuk mempamerkan sifat humor ini walaupun pada hakikatnya persembahan mereka seolah-olah "palsu" belaka. Ini perlu dijauhi oleh pendebat-pendebat muda yang sedang meningkat naik.

2. Serius dan tegas
Pada kebiasaannya, pendebat pertama lebih cenderung untuk memiliki sifat sebegini. Selaku pembuka kes pasukan, mereka perlu dilihat memiliki autoriti, karisma dan kredibiliti selaku seorang ketua (atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab sedemikian) agar dapat memikat pihak hakim sedari awal perlawanan. Walaupun wujud juga beberapa pendebat yang cuba lari dari norma sebegini, tetapi adakalanya mereka masih gagal menepis persepsi bahawa pendebat pertama seharusnya serius ketika membina kes hujahan pasukannya.
Antara pendebat pertama yang saya akui memiliki karisma sebegini, Saudari Diyana Sulaiman dari UiTM Shah Alam.

3. Memujuk
Ini antara x-factor yang paling sukar untuk dikuasai kemahirannya. Ianya tidak dapat dizahirkan tanpa timbul rasa keikhlasan yang mendalam terhadap apa yang kita utarakan. Kemahiran ini bukan sahaja terletak kepada tutur-bicara pendebat tetapi turut melibatkan gaya badan yang berkesan, mimik muka yang benar-benar menggambarkan keikhlasan (menangis jika perlu), getaran/vibrasi suara yang menyakinkan dan banyak lagi. Pendek kata, amat jarang ditemui pendebat yang benar-benar mampu memanipulasikan kelebihan "memujuk" ini dalam penyampaian masing-masing.

Sunday, August 31, 2008


Pixel Code Graphics

Peringatan Penting Untuk Semua pendebat

Bengkel Pemantapan
Debat Bahasa Melayu UPSI


Akan diadakan menurut ketetapan berikut:

Tarikh : 30 & 31 Ogos 2008
Tempat : Dewan Kuliah I (DKI)
Masa : 8-5 ptg
Pakaian : Bebas menurut etika seorang guru
Penceramah : Diundang khas dari Akademi Debat

Tahniah Siti Habibah Juddin..



Nama yang cukup popular sepanjang Debat Kemerdekaan sudah tentulah saudari Habibah atau lebih mesra dipanggil Bib UPSI. Beliau yang menduduki ranking pertama pendebat liga dan pendebat terbaik dipentas perdana, menjadi sebutan dan bualan semua. Semoga bakat baru ini akan membawa nama UPSI lebih cemerlang dalam arena debat IPT selepas ini. Tahniah dan Syabas buat pasukan Debat Kemerdekaan yang membawa gelaran Naib Johan walaupun tewas tipis dengan UTP. Harapan KPA UPSI, agar kemajuan ini menjadi satu inspirasi kemajuan pada masa hadapan. Terus maju KDBM UPSI..

Sunday, August 24, 2008

Tahniah Pasukan Debat Kemerdekaan UPSI

Tahniah buat pasukan debat UPSI yang mara keperingkat akhir Debat Kemerdekaan 2008. Pasukan yang dianggotai oleh Saudari Halimatul Saadiah, Habiabah Juddin, Nadiah Che'rahim dan Kazaruddin Lahisi ini telah berjaya menewaskan USIM pada pusingan separuh akhir. Pertandingan akhir pasukan debat UPSI akan bertemu dengan UTP yang telah menang sebelum ini dengan UM pada pusingan separuh akhir.. Semoga pasukan debat UPSI berjaYA.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN..