Tuesday, November 18, 2008

Semoga Berjaya Pasukan Debat Diraja UPSI.




Kegemilangan dan kejayaan memang sering kali diidamkan oleh semua manusia dalam kehidupan. Kadang-kadang kerlipan dan kegemilangan sukar untuk dikecap dengan semudahnya tanpa usaha yang kuat dan jitu. Menempuh langkah sebagai satu pasukan yang 'kerdil' dalam arena debat IPT, UPSI berusaha menuju langkah mengatur usaha demi membawa nama Universiti Pendidikan Terulung di Asia ini ke mercu kejayaan dalam arena debat IPT. Siapa sangka gabungan hasil tangan Penasihat En. Razali Ayob, jalinan usaha Saudara Fazuan dan Saudari Halimatul serta amanat dan nasihat dari Akademi Debat (AD) maka Kelab Debat UPSI kini boleh mengatur langkah dalam skop dan ruangnya tersendiri.

Kegemilangan 2008

Kegemilangan tahun 2008 bermula dengan kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Terbuka Universiti Malaya. Walaupun pertandingan ini merupakan pertandingan asas bagi melahirkan generasi muda debat IPT, sekurang-kurangnya, nama UPSI telah terpahat di UM pada tahun ini.

Susulan rentetan-rentatan kejayaan di'legasikan' pula melalui latihan yang intensif para pendebat UPSI. Mengorak langkah dalam perlawanan Debat Kemerdekaan 2008 nun jauh di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) UPSI telah membuat kejutan apabila berjaya mara kepertandingan akhir dan Saudari Siti Habibabah dinobatkan sebagi pendebat terbaik perlawanan akhir. Walaupun sekadar berbangga dengan pencapaian Naib Johan, legasi 'bakal intelek' ini amat berbangga dengan pencapaian besar sulung pertama bagi tahun ini.

Kemaraan diteruskan di Bumi Pahlawan Melaka, MMU. UPSI sekali lagi memberi saingan bagi merebut piala Debat Kepenggunaan 2008 apabila layak keperingkat separuh akhir..

Ditambah lagi dengan beberapa penganjuran yang giat diperingkat dalaman seperti Pertandingan Pidato dan Debat ALam Sekitar Inter-Kolej, Pertandingan Debat Rasuah Inter Fakulti, Pertandingan Debat Piala Munshi dan beberapa perlawanan-perlawanan lain menjadi satu intipati resepi yang terus berkesinambungan.

Menyebut beberapa nama seperti Saudara Arvanee, Mad Derus, Linda, Zati Darina, Ahya dan Azmi (kesemuanya mantan debat UPSI) mereka juga merupakan ilham yang banyak memberi dorongan dan kini tersebar kemerata pelusuk tanah air memberi ilmu. Antaranya Cikgu Mad Derus yang telah membawa nama Sek Dato Abd Razak ke persada debat Inter SChool Malaysia....

Maka dengan harapan, pencapaian dan kejayaan yang telah dimanifestasikan, harapan dalam Kelab Pengucapan Awam, Suara Bitara UPSI mengharapkan agar sesuatu dibawa pulang, buat julung-julung kalinya dalam ROYAL 2008....

-Jangan disangka kecil-kecil tidak melawan-

Saturday, November 15, 2008

Walimatul Urus




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat semua pendebat IPT Malaysia

Undangan Majlis Perkahwinan Saudari Norhaslinda @ Kak Linda(
Mantan Ratu Debat UPSI 2003-2006)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

akan diadakan :

di Kediaman beliau di Changlun Kedah (maaf tidak pasti alamat sebenar)

Pada 22 November 2008

* maklumat lebih lengkap akan dimaklumkan kemudian

Wednesday, October 29, 2008

TAHNIAH FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PERTANDINGAN DEBAT PENCEGAHAN RASUAH INTER-FAKULTI PIALA PENGARAH BPR NEGERI PERAK TELAH SELESAI BERLANGSUNG. KEPUTUSAN TELAH DIKETAHUI. DENGAN JURI 3-2, MARGIN 2.3 KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEBAT YANG JULUNG-JULUNG KALINYA INI TELAH MENOBATKAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEBAGI JUARA SULUNG BAGI PERTANDINGAN KALI PERTAMA ANJURAN SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UPSI INI. BERIKUT DITITIPKAN BEBERAPA GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG :



TAHNIAH BUAT PASUKAN FSSK YANG DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN




Thursday, October 16, 2008

Debat Pencegahan Rasuah Inter-Fakulti Piala Pengarah BPR Perak



Saringan : 19 Oktober 2008 , Foyer KHAR, UPSI.
Akhir : 24 Oktober 2008, Dewan Sri Tanjung, UPSI. 2.30 petang.


USUL PERTANDINGAN DEBAT PENCEGAHAN RASUAH INTER-FAKULTI 2008

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

19 & 24 OKTOBER 2008

  1. INTEGRITI DAN KETELUSAN: MALAYSIA MODEL TERBAIK
  2. RASUAH DI MALAYSIA: KITA SUDAH BERJAYA
  3. PENYELESAIAN MASALAH RASUAH TERLETAK DI TANGAN MASYARAKAT
  4. MAHASISWA KITA SUDAH BERINTEGRITI
  5. ISU PENYOROKAN BEKALAN: ADA BAU-BAU BACANG DENGAN RASUAH
  6. ARTIS KITA KURANG BERINTEGRITI
  7. KENAIKAN HARGA MINYAK SUATU PERCATURAN POLITIK
  8. KEMELUT PENGURUSAN PUNCA SUKAN KITA MALAP
  9. SKIM CEPAT KAYA: KITA TIDAK SERIK
  10. CETAK ROMPAK: KITA SEMAKIN BERJAYA
  11. UNDI SMS PEMBUNUH KUALITI
  12. INTEGRITI KITA HANYA DI ATAS KERTAS
  13. KEMELUT PENGURUSAN PUNCA SUKAN KITA MALAP
  14. TEKAD 2008: KITA TELAH MENCAPAI MATLAMAT
  15. DALAM DIAM DASAR PECAH PERINTAH MASIH TERBUDAYA
  16. MONOPOLI EKONOMI MENGANCAM PERPADUAN NEGARA
  17. NGO PERLU LEBIH BERANI MENANGANI MASALAH RASUAH
  18. DEMI KESEJAHTERAAN, MEDIA PERLU LEBIH BEBAS DALAM ISU RASUAH
  19. PEMIMPIN KORUPSI PUNCA KEJATUHAN PEMBANGUNAN NEGARA
  20. RASUAH MENGANCAM KESTABILAN EKONOMI NEGARA
  21. ISU AP : BAGAI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA
  22. POLITIK WANG: NASI SUDAH MENJADI BUBUR
  23. PENCEGAHAN RASUAH: INDAH KABAR DARI RUPA
  24. SEBENARNYA INTEGRITI LEBIH KEPADA AGENDA POLITIK
  25. KELAB ANTI RASUAH: BAGAI MELUKUT DI TEPI GANTANG

Sunday, October 12, 2008

KEPUTUSAN TERKINI BEBERAPA PERTANDINGAN DEBAT SEHINGGA 12 OKTOBER 2008



PERTANDINGAN DEBAT MUNSYI ABDULLAH 2008


JOHAN = UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
NAIB JOHAN = INSTITUT PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PENDEBAT TERBAIK = YUSUHAIRI B REMLI
JURI 5-0


PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR FST 2008

JOHAN = KOLEJ ZA'BA
NAIB JOHAN = KOLEJ HARUN AMINURRASHID
TEMPAT KETIGA = UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS
PENDEBAT TERBAIK = INRA B DARMENSA
JURI 2-1

Wednesday, October 8, 2008

PERTANDINGAN DEBAT SEPANJANG OKTOBER


PERTANDINGAN DEBAT PENCEGAHAN RASUAH INTER FAKULTI 2008
PIALA PENGARAH BPR NEGERI PERAK

19 & 24 OKTOBER 2008

KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UPSI.



PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN IPT MALAYSIA 2008

17-20 OKTOBER 2008

MULTI MEDIA UNIVERSITI, MELAKA.




PERTANDINGAN DEBAT PIALA MUNSYI ABDULLAH 2008 UPSI - IPPM

11 OKTOBER 2008
DEWAN KOLEJ ZA'BA, UPSI .


PERTANDINGAN PIDATO & DEBAT ALAM SEKITAR FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UPSI 2008
12 & 18 OKTOBER 2008
KOMPLEKS DEWAN KULIAH , UPSI.

Tuesday, September 23, 2008

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENDEBAT UPSI


KEPADA SEMUA PENDEBAT UPSI DAN SELURUH IPT, JUTAAN KEMAAFAN DIHULURKAN SESAMA KITA. SEMOGA KEKHILAFAN YANG WUJUD DAPAT DIJERNIHKAN, KETERLANJURAN TUTUR KATA DAPAT DILUPAKAN DAN ANDAI ADA TERKASAR PERILAKU HARAP DIMAAFKAN.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-KELAB DEBAT BAHASA MELAYU UPSI-

Tuesday, September 16, 2008

Apakah yang menjadikan seorang pendebat itu hebat?

Apakah yang menjadikan seorang pendebat itu hebat?

1. Sifat Humor
Rata-rata ramai pendebat yang beranggapan bahawa mereka perlu menyelitkan sedikit unsur humor atau lelucon ke dalam penyampaian mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kebanyakkan pendebat yang memiliki sifat sebegini diletakkan selaku pendebat ketiga. Berkemungkinan besar, peranan pendebat ketiga bukan sahaja sebagai pembidas kepada keseluruhan kes hujahan pihak lawan tetapi juga sebagai memujuk kembali pihak hakim sebelum tibanya saat penggulungan.
Saya pernah menyaksikan beberapa pendebat ketiga yang cukup bagus ketika beraksi. Sifat humor yang mereka ada memang "kena" pada tempatnya, tidak dibuat-buat (walaupun kadangkala memang terpaksa begitu) dan seolah-olah mereka dilahirkan sebegitu. Mereka juga memanipulasikan bentuk dan bahasa badan (body figure & body language) mereka dengan cukup efektif. Tetapi ada juga segelintir pendebat yang "terlalu berusaha" untuk mempamerkan sifat humor ini walaupun pada hakikatnya persembahan mereka seolah-olah "palsu" belaka. Ini perlu dijauhi oleh pendebat-pendebat muda yang sedang meningkat naik.

2. Serius dan tegas
Pada kebiasaannya, pendebat pertama lebih cenderung untuk memiliki sifat sebegini. Selaku pembuka kes pasukan, mereka perlu dilihat memiliki autoriti, karisma dan kredibiliti selaku seorang ketua (atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab sedemikian) agar dapat memikat pihak hakim sedari awal perlawanan. Walaupun wujud juga beberapa pendebat yang cuba lari dari norma sebegini, tetapi adakalanya mereka masih gagal menepis persepsi bahawa pendebat pertama seharusnya serius ketika membina kes hujahan pasukannya.
Antara pendebat pertama yang saya akui memiliki karisma sebegini, Saudari Diyana Sulaiman dari UiTM Shah Alam.

3. Memujuk
Ini antara x-factor yang paling sukar untuk dikuasai kemahirannya. Ianya tidak dapat dizahirkan tanpa timbul rasa keikhlasan yang mendalam terhadap apa yang kita utarakan. Kemahiran ini bukan sahaja terletak kepada tutur-bicara pendebat tetapi turut melibatkan gaya badan yang berkesan, mimik muka yang benar-benar menggambarkan keikhlasan (menangis jika perlu), getaran/vibrasi suara yang menyakinkan dan banyak lagi. Pendek kata, amat jarang ditemui pendebat yang benar-benar mampu memanipulasikan kelebihan "memujuk" ini dalam penyampaian masing-masing.

Sunday, August 31, 2008


Pixel Code Graphics

Peringatan Penting Untuk Semua pendebat

Bengkel Pemantapan
Debat Bahasa Melayu UPSI


Akan diadakan menurut ketetapan berikut:

Tarikh : 30 & 31 Ogos 2008
Tempat : Dewan Kuliah I (DKI)
Masa : 8-5 ptg
Pakaian : Bebas menurut etika seorang guru
Penceramah : Diundang khas dari Akademi Debat

Tahniah Siti Habibah Juddin..



Nama yang cukup popular sepanjang Debat Kemerdekaan sudah tentulah saudari Habibah atau lebih mesra dipanggil Bib UPSI. Beliau yang menduduki ranking pertama pendebat liga dan pendebat terbaik dipentas perdana, menjadi sebutan dan bualan semua. Semoga bakat baru ini akan membawa nama UPSI lebih cemerlang dalam arena debat IPT selepas ini. Tahniah dan Syabas buat pasukan Debat Kemerdekaan yang membawa gelaran Naib Johan walaupun tewas tipis dengan UTP. Harapan KPA UPSI, agar kemajuan ini menjadi satu inspirasi kemajuan pada masa hadapan. Terus maju KDBM UPSI..

Sunday, August 24, 2008

Tahniah Pasukan Debat Kemerdekaan UPSI

Tahniah buat pasukan debat UPSI yang mara keperingkat akhir Debat Kemerdekaan 2008. Pasukan yang dianggotai oleh Saudari Halimatul Saadiah, Habiabah Juddin, Nadiah Che'rahim dan Kazaruddin Lahisi ini telah berjaya menewaskan USIM pada pusingan separuh akhir. Pertandingan akhir pasukan debat UPSI akan bertemu dengan UTP yang telah menang sebelum ini dengan UM pada pusingan separuh akhir.. Semoga pasukan debat UPSI berjaYA.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN..

Tuesday, July 22, 2008

Doa dan Harapan Untuk Kalian Semua



Nurul Fazzuan Bin Khalid
Nor Raimi Rahim
Halimatul Saadiah Mat Akhir
Habibah Bt. Juddin


Kepada rakan-rakan diatas, ucapan tahniah diucapkan kepada kalian kerana terpilih mewakili Universiti dalam Debat Alam Sekitar 2008 di Universiti Malaysia Sabah. Harapan kami semoga kalian semua mampu membawa nama Universiti dipersada IPT. Ingat selalu ungkapan yang sering kita lontarkan, Semoga Pentas Perdana itu milik kita. Walaupun kedudukan kita dikalangan IPT adalah biasa, namun kita semua mampu sekiranya berusaha. Tiada yang mustahil melainkan manusia yang mahu berjaya namun tidak berusaha.


*ini adalah posting terakhir saya sebelum diserahkan kepada moderator baru.

Thursday, July 17, 2008

Debat Alam Sekitar UMS



Kenangan_Saudari Norazlinda Pernah kepentas Perdana Debat Alam Sekitar 2006

Pertandingan Debat Alam Sekitar 2008 pada tahun ini akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 23 hingga 27 Julai 2008 (tertakluk kepada perubahan). Tahun lepas, UIAM telah menjadi Johan manakala UKM di tempat kedua.


Tahun ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara IPT-IPT seluruh Malaysia untuk menjuarai kejohanan berprestij ini. Pastinya semua IPT akan mempamerkan aksi dan persembahan yang mantap untuk dinobatkan sebagai juara (kalau tidak juara pun barangkali cukup sekadar kehadiran mereka diingati di kejohanan kali ini).

Kelebihan pertandingan DAS ialah usul telah pun diberikan lebih awal. Usul-usul adalah seperti berikut:



pusingan 1PEMBANGUNAN MAPAN MENJAMIN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

pusingan 2
PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSIA SUDAH TIADA HARAPAN

pusingan 3
DEMI ALAM, KONSEP PENCEMAR BAYAR PERLU DIKUATKUASAKAN

pusingan 4
UNDANG-UNDANG JAWAPAN TERBAIK KEPADA PERMASALAHAN ALAM SEKITAR

pusingan 5
KITAR SEMULA : HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

pusingan 6
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA TIDAK TENTU ARAH

peringkat suku akhir
KITA SEPAKAT MENANGANI MASALAH PERUBAHAN IKLIM DUNIA

peringkat separuh akhir
PENGGUNAAN LESTARI SUMBER ASLI MENJAMIN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

peringkat akhir
KITA CUKUP SERIUS MENANGANI ISU ALAM SEKITAR

Jadi kepada pendebat dari UPSI, hanya segenggem doa yang kami hulurkan. Moga success dan maju jaya. Pastikan "sesuatu" untuk kita.

Wednesday, July 9, 2008

SEMUA PENDEBAT : LENGKAPKAN DIRI DENGAN PENGETAHUAN!!!

Sesuatu yang jarang dikuasai oleh pendebat masakini ialah menghargai kepentingan ilmu dan maklumat secara menyeluruh dan terkini. Kita mempunyai ramai pendebat yang hebat gayanya, garang suaranya, menarik telatah kelakarnya, puitis bahasanya, tajam bidasannya.. tetapi amat menyedihkan apabila segala hujjah dan fakta sokongan teramat lemah dan melencong. Jarang benar kita melihat pendebat-pendebat yang dapat menguasai sesuatu isu dengan jelas dan terarah. Dengan sebab itu tidak hairanlah, ramai dari kalangan kita sentiasa bergantung kepada aset humor dan suara yang nyaring (sehingga terkadang terputus putus suaranya sewaktu berhujah) untuk memikat panel hakim. Pendebat-pendebat yang kelihatan hebat pada zaman ini jauh dari memiliki disiplin ilmu dan jujur di atas fakta yang dihuraikan. Tidak sukar untuk kita melihat pendebat-pendebat yang cuba menipu fakta, yang disusunatur dengan penuh perancangan untuk memukau galeri penonton. Terkadang mereka sengaja menggunakan sumber otoriti yang palsu, tidak wujud malah tidak relevan. Terkadang mereka akan mempertahankan hujah picisan yang jauh dari pengesahan umum ke atas sesuatu tajuk. Dengan suara yang lantang, mereka akan mengherdik lawan semata-mata untuk mempertahankan hujah songsang, yang tidak benar dan tidak berasas.

Tetapi dalam dunia debat sekarang ini, kelemahan pendebat sebegini jarang dapat dikesan oleh penonton, jurulatih, pegawai pengiring, bahkan hakim-hakim juga turut sama tertipu dengan pendebat berpengalaman seperti ini. Segala kelamahan ini diakari oleh sikap kita sendiri yang enggan menguasai ilmu. Kita terlalu liat untuk menunjangi kejujuran dalam membahaskan sesuatu fakta berasaskan ilmu. Oleh kerana kita – pendebat, penonton, jurulatih, pegawai universiti dan hakim, juga malas membaca, maka senanglah kita bersetuju dengan hujah dan retorik kosong sesetengah pendebat. Retorik seperti ini akan mudah subur dalam kepompong masyarakat yang semuanya malas membaca. Usahlah kita harapkan kualiti perdebatan, sekiranya kita enggan jujur kepada sesuatu pengetahuan yang sepatutnya kita kuasai.

Hakikatnya, jika kita berhajat menjadikan debat sebagai satu medan sukan intelek untuk melahirkan mahasiswa yang kritis dan berkualiti, tentunya usaha ini tidak hanya bergantung kepada pendebat semata-mata. Jurulatih dan pegawai universiti hendaklah bersungguh-sungguh menyuburkan budaya ilmu dalam persatuan atau kelab-kelab debat universiti masing-masing. Para hakim pula tidak terkecuali. Hakim yang jahil ke atas sesuatu isu yang dibahaskan akan hanya mengesahkan pembohongan fakta yang dilakukan oleh pendebat. Pengesahan fakta yang tidak benar, oleh hakim, tentunya akan mengundang implikasi negatif terhadap kesuburan minda pendebat, apatah lagi jika pasukan yang lemah hujahan faktanya dinobatkan sebagai Juara. Melalui tulisan ini, ada baiknya saya menyeru kepada semua kita, lebih-lebih lagi para pendebat dan para hakim, supaya kita sama-sama belajar menghargai kepentingan pengetahuan dan maklumat semasa. Di kala semua orang berharap kualiti perdebatan meningkat dari masa ke semasa, tetapi sikap dan tindakan kita hanya mempertahankan status quo sahaja. Malang sekali, dunia perdebatan kita melihat daya “bujukan” debat ala parlimen sebagai bujukan yang sifatnya songsang. Kita melihat “bujukan” kepada pendebat yang menarik minat kita dari segi gaya, intonasi dan suara, serta humor yang dilontarkan secara sinikal kepada lawan. Jarang sekali “bujukan” itu kita sandarkan kepada kekuatan fakta dan minda yang mempertahankan fakta yang tepat lagi benar.

Kekesalan yang paling aula dalam dunia debat kini, ialah kurangnya penghargaan kepada kekuasaan ilmu. Pendebat-pendebat yang menonjol dalam sesuatu pertandingan, seringkali kelihatan tercungap-cungap mempertahankan fakta. Pengetahuan mereka ke atas sesuatu isu terlalu lemah. Para pendebat kita pada kebanyakannya, hanya berminat dengan isu-isu domestik yang bersifat kulit semata-mata. Apabila anda memberikan sesuatu usul yang umum, jarang benar perbahasan ke atas isu yang bersifat antarabangsa, atau pengetahuan spesifik ke atas sesuatu cabang ilmu, dibahaskan oleh pendebat. Dalam debat intergriti, ramai pendebat tidak dapat membezakan antara rasuah dan pecah amanah. Dalam isu yang bersangkutan dengan prinsip undang-undang yang umum, ramai pendebat yang mengambil contoh-contoh kes yang sedang dibicarakan untuk membuat kesimpulan bahwa sipolan bin sipolan adalah perasuah dan tidak mempunyai intergriti. Adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan bahawa Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai seorang perasuah, kerana beliau masih belum disabitkan dengan kesalahan itu. Adalah tidak wajar untuk menyatakan Tan Sri Eric Chia sebagai pecah amanah, kerana Eric Chia masih belum terbukti bersalah. Tidak ramai dari kalangan kita yang menghargai prinsip keadilan sejagat bahawa “A man is innocent until proven guilty”. Hakikatnya, kita membiarkan minda kita memetik contoh-contoh sebegini kerana ianya adalah kes sensasi. Maka dengan mudahnya kita terlupa bahawa kedua-dua mereka masih dalam proses perbicaraan. Saya sengaja memilih contoh-contoh yang mudah sebegini, untuk memperlihatkan kecenderungan kita dalam mengambil contoh-contoh yang tidak berkait untuk menyokong hujah bahawa orang itu, insan ini tidak mempunyai intergriti!

Hakikatnya, sebagai pendebat, penghargaan kepada ilmu pengetahuan adalah merupakan sesuatu yang bersifat tunjang. Pendebat tidak mempunyai pilihan lain. Untuk berjaya menjadi seorang pendebat berwibawa, disiplin ilmu hendaklah dikuasai dengan jujurnya. Kalau pun kita mempunyai puluhan pasukan pencari fakta, untuk membantu kita di ambang perlawanan, ia tidak akan menyumbang apa-apa. Kita boleh muncul sebagai pemenang, johan tetapi semua itu akan menjadikan kita sebagai harimau kertas, yang gagal mengambil peluang dunia perdebatan ini untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan yang sewajarnya.

Oleh itu, saya ingin menyatakan, bahawa permulaan kepada pembinaan legasi debat yang gemilang, adalah bermula dari “pembacaan”. Membacalah, sebagaimana yang difirmankan Tuhan dalam Surah al-Iqra’, untuk meluaskan pengetahuan dan membina daya fikir yang lebih kritis dan kreatif ke atas sesuatu isu. Mulakanlah pembacaan dengan membaca rencana-rencana penting yang berada di dada akhbar harian kita seperti Utusan Melayu, Berita Harian, The Star mahupun News Straits Times. Pembacaan mestilah dilakukan setiap hari, pada setiap masa. Pembacaan tidak boleh dilakukan secara bermusim. Ia hendaklah berterusan dari hari ke hari, walau pun pada musim tiada pertandingan debat, atau kita tidak terpilih mewakili universiti kita dalam pertandingan debat. Tanamkanlah minat dalam diri kita tentang betapa pentingnya kita mengetahui semua perkara di peringkat domestik mahu pun antarabangsa. Jika kita mempunyai lebihan wang, usahlah kita bazirkan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Marilah kita belajar “melabur”kan sedikit wang bulanan itu untuk membeli satu dua buku yang berpatutan, berkait dengan isu-isu semasa, nasional sifatnya mahupun antarabangsa. Di kedai-kedai buku yang berada di universiti-universiti anda, atau di pekan-pekan berhampiran, sudah tentu anda akan dapat melihat banyak buku-buku yang akan menarik minat anda. Mulakanlah tabiat mengunjungi kedai-kedai untuk melihat koleksi buku-buku atau buku-buku terkini yang berada di pasaran. Sebagai seorang pendebat, perasaan ingin menjadi orang pertama yang membaca sesuatu buku yang baru dipasaran hendaklah ditanam dengan sebaiknya. Ia adalaf sifat yang baik dan wajar diamalkan. Bagi pendebat yang berada di sekitar Kuala Lumpur, saya mencadangkan untuk mengunjungi Pekan Buku Universiti Malaya mahupun Kinokuniya di KLCC. Berada di kedua-kedua kedai buku ini akan menyebabkan sesiapa yang cintakan pengetahuan akan rasa teruja untuk menguasai keseluruhan ilmu yang telah dicetak melalui buku-buku terbabit.

Saya fikir kita semua boleh bersetuju bahawa kekuatan seseorang pendebat yang hebat adalah kepaya kreativiti pemikirannya dalam mengupas, menilai dan mengadaptasi sesuatu contoh untuk menyokong premis pasukan. Begitu juga halnya apabila kita membidas hujah lawan. Kreativiti untuk memusingkan fakta lawan secara intelek amat diperlukan dalam sukan ilmiah seperti debat. Sudah tentu, kreativiti tidak akan datang kepada anda secara bergolek. Kreativiti adalah satu angerah Tuhan yang paling suci kepada akal hambanya. Tetapi Tuhan tidak akan menghadirkan anugerah ini tanpa usaha. Sedar atau tidak, kreativiti akan hanya muncul setelah kita “matang” menguasai sesuatu perkara. Kreativiti dalam skil permainan bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagai akan hanya lahir setelah berbulan-bulan kita berlatih, dan seni itu berjaya kita kuasai. Dalam konteks kreativiti yang terhasil dari kotak ilmu, ia tidak akan lahir dari seorang yang jahil pengetahuannya, malas membaca, dan cenderung untuk mengharapan suapan dari anggota simpanan. Hanya orang-orang yang “matang”, “masak” ke atas sesuatu isu sahaja, yang tahu meletakkan sesuatu isu sebagai sebuah contoh atau fakta yang relevan, atau boleh diperlihatkan sebagai relevan dan menyokong hujah yang sedang diutarakan. Begitu juga dalam kontek bidasan, penguasaan maklumat yang tinggi akan membolehkan kita menggerak daya fikir spontan untuk meratah fakta lawan. Hakikatnya, kreativiti dan pemikiran kritis tidak akan muncul selagi kita hanya menggunakan medan debat sebagai medan mencari populariti, atau medan untuk melancong percuma, atau tempat cari wang saku mahupun mencari kawan-kawan se“khunsa musykil”, untuk berseronok-seronok dalam kehidupan yang tidak berfaedah dan bercanggah dengan agama. Setiap pendebat mesti mempunyai disiplin ilmu yang tinggi dan kejujuran ke atas ilmunya. Jangan lagi kita pertahankan hujah-hujah picisan yang memalukan, walau pun dalam bentuk humor. Humor yang berasaskan fakta dangkal akan hanya melambangkan ketohoran pemikiran kita. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat debat.

Dalam konteks mengayakan ilmu pengetahuan, setiap individu mempunyai cara yang berbeza. Ada yang gemar membacar artikel-artikel dalam surat khabar, membeli buku-buku atau meminjamnya, berbincang sesama rakan dan perdebatan intelek ke atas sesuatu peristiwa, mahupun kajian ilmiah secara pasukan mahupun sendirian. Sesetengah orang mencari ilmu dan pengetahuan dengan melancong dan melawati sesuatu tempat untuk menimbulkan minat untuk mengetahui, dan belajar dari situ. Dalam apa keadaan pun, yang paling penting, usaha pembacaan dan pembelajaran ini mesti konsisten dan berterusan. Teruskanlah pembacaan apa juga bahan bercetak setiap kali mempunyai masa yang terluang. Saya tidak percaya anda tidak mempunyai masa kerana kononnya terpaksa mengulangkaji pelajaran. Alasan ini adalah satu pembohongan kepada diri sendiri. Cuba renungkan masa anda dalam satu, berapa jam masa yang anda gunakan untuk mentelaah buku-buku pelajaran atau menghadiri kuliyyah? Berapa jam lagi yang anda gunakan untuk bersembang, bersolek, lepak, minum kopi, keluar untuk “window shopping” dan lain-lain?

Saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada adik-adik pendebat, bahawa jangan anda mengharapkan anda yang muncul sebagai Johan Debat, setelah banyak membaca. Tidak semestinya kita yang banyak membaca akan semestinya menang! Ini resam kehidupan yang perlu difahami. Sesetengah orang yang banyak membaca pada awalnya akan rasa kecewa dan putus harap serta berhenti dari membaca setelah tewas dalam pertandingan debat, atau tidak pun terpilih mewakili pasukan universiti mereka. Anggaplah debat sebagai instrumen untuk memujuk kita supaya banyak membaca dan bukannya sebagai matlamat akhir. Dalam apa keadaan pun, insan-insan yang banyak membaca, yang tinggi disiplin ilmunya, akan sentiasa ke hadapan dalam semua lapangan. Jangan pula kita cemburu apabila melihat rakan-rakan kita yang malas membaca, yang jahil atas apa-apa pengetahuan sentiasa menjuarai pertandingan, kerana dunia perdebatan kita masih dihuni oleh majoriti pendokongnya yang malas membaca, dan tidak mempunyai kejujuran ke atas disiplin ilmu. Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya. Tetapi kita mesti mulakan budaya ilmu untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Artikel diambil dari blog akademi debat karya penulisan : Wan Rohimi Bin Wan Daud

Tuesday, June 24, 2008

Debat Perpaduan



PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN
DAN INTEGRASI NASIONAL ANTARA IPT 2008
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SINTOK, KEDAH.
20-24 MEI 2008








Saturday, May 10, 2008

..................................................................................................................

Al-Fatihah untuk

Ayahda Saudara Kazaruddin Lahisi

yang telah KEMBALI KERAHMATULLAH

pada

Malam Khamis ( 8 Mei 2008 )

Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya..

Wednesday, May 7, 2008

Pertandingan Debat Perpaduan IPT 2008



Dimaklumkan bahawa Pertandingan Debat Perpaduan IPT akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20-24 Mei 2008
Tempat : Universiti Utara Malaysia (UUM)

Justeru itu, peserta-peserta yang terpilih untuk sesi pemilihan adalah seperti berikut :
1) Inra Darmensa ( Orang Sungai )
2) Nadiah Che' Rahim ( Orang Melayu )
3) Gunalan Arumugham ( India )
4) Rasmini ( Bugis )
5) Hairul Faiezi Lokman ( Banjar )
6) Kamaruddin ( Bugis )

semua para peserta dikhendaki mendaftarkan diri di Kolej Harun Aminurrashid pada 12 Mei 2008 di Kolej Harun Aminurrashid.Latihan formatif akan dilaksanakan bermula pada 15 Mei 2008 di Foyer Khar setiap hari sehingga tarikh pertandingan berlangsung. Besarlah harapan Kelab Pengucapan Awam UPSI untuk memastikan "sesuatu" dari pertandingan ini setelah himpitan kesedihan berlaku dalam Pertandingan Debat Perpaduan Semester lepas.. Majulah semua untuk Kebitaraan bersama..

Monday, April 21, 2008

Bila......Kezutan.....KakZAAAA





Bila jam
12....
Bila 21 April...

Bila kesunyian kolej kerana study yang yakin ....
Bila semua duduk menghadap meja..

Bila kakza digula2kan sang inra..

Bila dan bila........

Bila semuanya sudah bersedia..

Bila kakza yakin turun tangga..

Bila kakaza...berjalan kepintu muka 226...

Bila Tepung Gomak terpancar sukma mentera...

Bila deraian taburannnya dilemparkan..

Bila...dan bila


SENTAP MAK HAYAM....

Haha....


Selamat Hari Jadi Kakza yang ke 21....

Kami Debater UPSI dengan yakinnya mengucapkan selamat hari jadi buat kakza..Saksikan gambar2 havoc yang sempat di palitkan...




Kakza yang Tersentap tahap MAK MON
(status fairuz UMS)




Aksi CHOI ala2 KAKza


Tuesday, April 8, 2008

Tahniah Penerima Anugerah Gemilang Debat Bahasa Melayu 2007/2008




Malam Penghargaan Debat Naib Canselor dan Anugerah Gemilang Debat Bahasa Melayu 2007/2008 telah selamat dilangsungkan pada 7 April yang lalu bertempat di Foyer Blok 1, Harun Aminurrashid Residental College, Bahtera, Tanjung Malim. Program yang dijana bagi memberi penghargaan kepada semua peserta debat ini, merupakan acara julung-julung kalinya diadakan oleh Kelab Pengucapan Awam UPSI. Program dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa formal yang telah mengiktiraf pencapaian-pencapaian pendebat dalam dunia debat IPT. Fasa santai pula lebih kepada sesi penganugerahan santai kepada pendebat-pendebat.Program ini dirasmikan oleh Y.Berusaha En. Zaiham selaku Wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta dihadiri oleh penasihat kelab dan tetamu jemputan lain. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi majlis pada malam tersebut :

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG BAGI ANUGERAH GEMILANG DEBAT BAHASA MELAYU 2007/2008 :

ANUGERAH PERDANA AGD 07/08
NURUL FAZUAN B. KHALID

ANUGERAH EMAS AGD 07/08

HALIMATUL SAADIAH MAT AKHIR
NURUL NADIAH CHE'RAHIM

INRA DARMENSA
HAIRUL FAIEZI LOKMAN

DATU RAMLI DATU AMIR HUSSIN


ANUGERAH TUNAS HARAPAN

AHMAD RADZI AB RAHIM
SITI HABIBAH BT. JUDDIN

ANUGERAH SANTAI

ANUGERAH MULUT LAHAR

KAZARUDDIN LAHISI

ANUGERAH CINDER ELLA

NADIAH CHE RAHIM

ANUGERAH TALAM

SHAHIDA NALINI


ANUGERAH RATU AIR MATA

NURUL AINI

ANUGERAH BRADD PITT

JOHAN RIZAL SIMON

ANUGERAH ANGELINA JOLIE
INRA DARMENSA

ANUGERAH DORAEMON
IHYA

ANUGERAH CAT WALK TAK HINGAT

MASHITAH

ANUGERAH KHAS ORATOR - KESATRIA

AHMAD SHARUM SAHAB
KAZARUDDIN LAHISI

MALAM PENGHARGAAN DEBAT NC DAN ANUGERAH GEMILANG DEBAT 07/08







Pertandingan Debat Naib Canselor kali Ke-5 UPSI

Gambar- Gambar Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor UPSI Kali Ke-5

Piala Pusingan Debat Naib Canselor

Y.Bhg Prof Dato' Dr. Aminah Bt. Ayub ( Naib Canselor UPSI)

Pemenang Dari Kolej Harun Aminurrashid 3



Perarakan Masuk Piala dan Peserta


Tetamu Khas Dari Akademi Debat Malaysia (AD)


Tarian Pembukaan dari Unit Kebudayaan KHAR


Tetamu VIP yang hadir menyaksikan pertandingan


Pasukan KHAR 3


Pembukaan Usul oleh Perdana Menteri


Senarai tetamu dan pendebat yang hadir