Tuesday, November 18, 2008

Semoga Berjaya Pasukan Debat Diraja UPSI.




Kegemilangan dan kejayaan memang sering kali diidamkan oleh semua manusia dalam kehidupan. Kadang-kadang kerlipan dan kegemilangan sukar untuk dikecap dengan semudahnya tanpa usaha yang kuat dan jitu. Menempuh langkah sebagai satu pasukan yang 'kerdil' dalam arena debat IPT, UPSI berusaha menuju langkah mengatur usaha demi membawa nama Universiti Pendidikan Terulung di Asia ini ke mercu kejayaan dalam arena debat IPT. Siapa sangka gabungan hasil tangan Penasihat En. Razali Ayob, jalinan usaha Saudara Fazuan dan Saudari Halimatul serta amanat dan nasihat dari Akademi Debat (AD) maka Kelab Debat UPSI kini boleh mengatur langkah dalam skop dan ruangnya tersendiri.

Kegemilangan 2008

Kegemilangan tahun 2008 bermula dengan kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Terbuka Universiti Malaya. Walaupun pertandingan ini merupakan pertandingan asas bagi melahirkan generasi muda debat IPT, sekurang-kurangnya, nama UPSI telah terpahat di UM pada tahun ini.

Susulan rentetan-rentatan kejayaan di'legasikan' pula melalui latihan yang intensif para pendebat UPSI. Mengorak langkah dalam perlawanan Debat Kemerdekaan 2008 nun jauh di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) UPSI telah membuat kejutan apabila berjaya mara kepertandingan akhir dan Saudari Siti Habibabah dinobatkan sebagi pendebat terbaik perlawanan akhir. Walaupun sekadar berbangga dengan pencapaian Naib Johan, legasi 'bakal intelek' ini amat berbangga dengan pencapaian besar sulung pertama bagi tahun ini.

Kemaraan diteruskan di Bumi Pahlawan Melaka, MMU. UPSI sekali lagi memberi saingan bagi merebut piala Debat Kepenggunaan 2008 apabila layak keperingkat separuh akhir..

Ditambah lagi dengan beberapa penganjuran yang giat diperingkat dalaman seperti Pertandingan Pidato dan Debat ALam Sekitar Inter-Kolej, Pertandingan Debat Rasuah Inter Fakulti, Pertandingan Debat Piala Munshi dan beberapa perlawanan-perlawanan lain menjadi satu intipati resepi yang terus berkesinambungan.

Menyebut beberapa nama seperti Saudara Arvanee, Mad Derus, Linda, Zati Darina, Ahya dan Azmi (kesemuanya mantan debat UPSI) mereka juga merupakan ilham yang banyak memberi dorongan dan kini tersebar kemerata pelusuk tanah air memberi ilmu. Antaranya Cikgu Mad Derus yang telah membawa nama Sek Dato Abd Razak ke persada debat Inter SChool Malaysia....

Maka dengan harapan, pencapaian dan kejayaan yang telah dimanifestasikan, harapan dalam Kelab Pengucapan Awam, Suara Bitara UPSI mengharapkan agar sesuatu dibawa pulang, buat julung-julung kalinya dalam ROYAL 2008....

-Jangan disangka kecil-kecil tidak melawan-

Saturday, November 15, 2008

Walimatul Urus




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat semua pendebat IPT Malaysia

Undangan Majlis Perkahwinan Saudari Norhaslinda @ Kak Linda(
Mantan Ratu Debat UPSI 2003-2006)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

akan diadakan :

di Kediaman beliau di Changlun Kedah (maaf tidak pasti alamat sebenar)

Pada 22 November 2008

* maklumat lebih lengkap akan dimaklumkan kemudian